fbpx

Tips Kurus untuk Turun 40KG

Berat 100kg??? Satu kenyataan yang terpaksa saya terima.  Tapiiii… Itu dulu.. sekarang setelah mencapai berat 59kg saya dah mampu tersenyum…:)

Tidak pernah terlintas untuk turunkan berat badan dari obes ke BMI normal.. namun  segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan perkara ajaib ni berlaku pada diri saya.

Kini..

Saya mampu lakukan perkara-perkara yang tidak mampu saya lakukan dahulu. Saya mampu melakukan senaman lasak, saya mampu berlari, menari.

Dan yang paling saya suka adalah pertama kali dapat memakai baju kebaya. Dari XXXXXL ke saiz M… syukur Alhamdulillah.

KATA-KATA SINDIRAN

Cerita saya bermula dari hilangnya keyakinan diri. Dah mula xnak tengok cermin. Dah mula x kisah nak pakai baju warna apa. Tapi makan nak sedap-sedap jer.

Suatu petang, setelah penat seharian dengan rutin, saya menjamu selera seperti biasa. Datang satu suara yang dikenali menegur saya yang semakin hitam.

Dan tiba2 datang lagi satu suara yang dengan mudah menyindir saya yang x habis-habis nak makan jer.

Kerana 2 sindiran ini, hari saya jadi suram.. kelam… semangat saya jatuh dan hilang entah kemana.

Seharian saya menangis mencari kekuatan untuk berhadapan dengan orang sekeliling.

DI UJI DENGAN SAKIT

Tidak berhenti di situ, ujian datang lagi..

Suatu hari, saya bangun tidur, saya tak mampu berjalan. Tumit sakit seperti ada besi tajam menyucuk hingga ke tulang.

Rasa sakit hanya tuhan yang tahu.

Saya pergi berjumpa doktor. Saya perlu mengambil ubat tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Setiap pagi perlu ambil ubat??? Sampai bila??? Saya tekad untuk kuruskan badan!!!

MULAKAN MISI DIET

Pad permulaan saya cuba dengan tidak mengambil nasi.

Pada hari ke 3 saya tidak ambil nasi, saya demam… dan demam tu berlanjutan sehingga 3 hari.. lepas demam sambung makan lagi… arghhhh.. kemana diet saya pergi??

Sisa-sisa semangat tu masih ada dan saya cuba lagi.. x makan dan cuba bersenam, yang saya dapat adalah sakit..

Program kurus DIET STAILOO

Suatu malam, sementara nak tunggu lelap, saya layari internet. Terbuka hati nak baca pasal program kurus ni.. DIET STAILOO.. errmmmm baca je x salah kan?

Baca dan baca dan terus baca sampai habis. Memandangkan seumur hidup saya, tak pernah lagi ambil ubat kurus, jadi saya tertarik untuk sertai program DIET STAILOO ni.

TEKNIK YANG SANGAT BERKESAN

Tiada paksaan. Saya di ajar satu demi satu. Enjoy dan santai. Perkara utama yang saya sangat kagum adalah saya di ajar untuk menukar habit.

Rupanya selama ni habit kita lah yang mengundang kepada peningkatan berat badan kita. Baru saya sedar setelah join program ini. Fokus pada perubahan satu habit dalam satu masa.

Sudah beberapa kali saya cuba kurus tapi gagal.. semangat pastu give up…  satu hari datang semangat dan tiba2 putus asa lagi.

Dalam DIET STAILOO saya di ajar buat satu-satu. Fokus pada satu tips kurus dan amalkan secara konsisten selama 2 minggu. Tanpa saya sedar, saya lakukan tips kurus itu tanpa perlu paksa diri.

Coach beri saya kelonggaran untuk pilih sendiri habit apa yang saya nak ubah. Jadi saya pun buat lah pilihan:

1. Saya pilih untuk setiap kali sebelum makan saya akan minum dulu 2 gelas air dan sehari mesti lebih 3liter air

2. Saya akan kecilkan portion makanan

3. Yang ni saya paling suka dan paling berkesan. Saya kira kunyahan sehingga 40 kali baru saya telan

4. Saya pilih gaya hidup sihat tanpa ubat, jadi saya pilih untuk berbasikal (indoor) 30 minit setiap hari. Saya buat dan berat turun dari 89kg hingga ke 76kg

5. Saya ubah dari sarapan nasi lemak kepada rolled oats atau roti wholemeal

Percaya atau tidak, 5 habit ini tanpa sedar telah berjaya saya lakukan sehinggan ke hari ini wow… tanpa sengaja habit saya telah berjaya merubah hidup saya!!!

BERAT SEMAKIN TURUN

Bila nampak perubahan, mulalah tamak.. hehe.. niat asal hanya nak turun ke berat 70kg je.

Lepas tu saya nak mengandung lagi. Nak kaki saya sembuh sepenuhnya. Kenapa x teruskan je usaha sampai betul2 berjaya? Saya perlu usaha lagi.

DIET STAILOO ajar saya buat 12 senaman HITC. Saya tak la terus cuba..  saya tonton je dulu  video tu.. hehe. 12 senaman HITC tu ialah:

Full Body:  Jumping Jack, Box Jump, High Knee

Lowe Body:  wall sit, Squat, Jump lunge

Upper Body:  Push up, Tricep dip, Mountain climber

Abs & Core: Double Crunch, Plank, Side plank

Dari 12 senaman ini, saya x mampu buat semua kerana kaki saya masih sakit. Jadi saya xnak paksa diri, saya hanya buat Wall Sit, Squat, push up dan plank. Itu pun peluh dah mencurah2. Hebat!!!

Amalkan HITC turun dari 76kg ke 70kg..

BUAT SENAMAN YANG ANDA ENJOY

Itulah yang coach pesan.

Dalam DIET STAILOO, perkara yang amat ditekankan adalah BUAT dan PRAKTIS.

Saya suka HICT tapi saya lebih enjoy buat senaman kardio.

DIET STAILOO ajar saya buat 30 min Cardio.

Saya mula buat senaman Cardio pada berat 70kg dan Alhamdulillah dengan mudah turun ke 65kg padahal saya x buat full 30 minit, hanya 15 minit je sebab tak nak bagi tekanan pada kaki saya yang masih sakit.

Dan apabila berat saya pecah angka 65kg, saya dapat buat full 30 minit senaman cardio tanpa sakit kaki..

ALLLAH… menangis rasa.. kaki saya sihat 100%.. saya teruskan senaman tersebut hingga bmi mencapai normal dengan berat 59kg!!!

Hilang 40kg!! satu keajaiban.

Saya x lagi sakit kaki.. saya tak perlu lagi makan ubat tahan sakit.. suara2 yang dahulu menyindir2 sudah tidak lagi kedengaran. Yang ada hanya ucapan tahniah sebab dah kurus….

ALHAMDULILLAH!!!

PERUBAHAN POSITIF

Perjalanan dari XXXXXL ke S lebih mudah dengan ilmu yang betul.

Yup perlukan semangat yang tinggi. Kental dan kena kuat. Tapi semangat sahaja tidak cukup, perlu ada ilmu dan sokongan moral.

Kat mana saya dapat ilmu? Di sini bersama DIET STAILOO. Tanpa ubat kurus dan tanpa stress.

Sebenarnya dah beli baju saiz S, tapi kerana niat saya kurus bukan untuk cantik, saya lebih selesa memakai saiz M. Jadi baju yang saya beli tu saya simpan sebagai tanda kenangan kepada usaha saya selama ini.

Antara orang yang paling rasa perubahan positif pada saya adalah suami saya. 

Berbanding dengan dulu ketika obes, saya mudah marah, saya mudah letih, mudah stress, cepat je rasa nak mengamuk.

Jika pergi bercuti, letih dalam perjalanan itu sahaja sudah cukup buat saya stress, dan cepat nak marah. Jika keluar membeli belah, saya cepat2 nak balik. Sebab tak larat nak jalan. Sampai rumah, badan letih, mulalah semua benda jadi x kena.

Anak2 juga jadi mangsa. X dapat nak main lama2 kat luar. Kalau pergi bercuti tu, saya jarang teman mereka mandi di kolam renang yang disediakan. Saya pillih untuk rehat sahaja di bilik. Teruk kan?

Tapi sekarang, saya lah orang terakhir yang naik dari kolam renang. Badan dah ringan dan saya dah pandai berenang.

Saya nak tebus balik masa2 yang telah saya bazirkan. Selain berenang, saya juga mampu melakukan aktiviti lasak seperti jungle tracking.

Percaya atau tidak, bukan sahaja mampu meredah hutan sendiri, tapi sambil dukung anak yang beratnya 16kg… Alhamdulillah..

Saya mampu lakukan pelbagai aktiviti lasak yang dulunya saya hanyalah penginap tegar di bilik hotel.

DISAHKAN MENGANDUNG

Setelah 4 tahun…. setelah hilang 40kg… akhirnya rezeki itu milik kami.

Saya disahkan mengandung. Syukur yang tidak terhingga atas nikmat yang ALLAH beri. Mengandung kali ini saya lebih berhati2.

Dengan habit yang telah dipraktikkan selama join program ini, saya masih dapat kawal pemakanan. Masih tegar minum 3 liter sehari… masih lagi setia breakfast Rolled oats atau roti wholemeal.

Dan menjaga waktu terakhir makan adalah jam 6 atau 7 malam. Selepas itu saya hanya minum air kosong sahaja. Alhamdulillah x lapar sebab saya dah berlatih melakukanya dah jadi HABIT!!!

JANGAN AMBIL PIL KURUS

Ini nasihat saya.

Saya berani mengatakannya sebab saya x ambil pil kurus.

Hanya jaga makan, dan senaman seperti yang coach sarankan.

Kita kena ingat, kita nak kurus sebab nak sihat, bukan sebab nak tambah penyakit. Macam saya, dari sakit berubah dapat sihat dan jadi semakin ceria.

Kalau anda nak kurus macam saya, tapi x tahu kat mana nak mula.. saya syorkan join program DIET STAILOO ni. Sebab saya dah berjaya, jadi saya cuba nak bantu anda semua untuk dapatkan ilmu dan orang yang boleh guide anda sehingga berjaya kurus.

Saya boleh lakukan, saya pasti anda juga boleh Berjaya!!

— Fatonah, 33 tahun

Join program kurus secara online DIET STAILOO dengan klik link di bawah:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top