Wahidah Berjaya Turunkan 30KG Dengan Cara Diet Yang Betul

PENAFIAN: hasil turun berat badan mungkin berbeza untuk setiap individu. Hasil yang terbaik apabila anda buat dan praktis cara diet ini.

Baca perkongsian daripada wahidah yang amalkan cara diet yang betul:

Kisah inspirasi wahidah berjaya turun berat sebanyak 30kg!

Berat sebelum: 84kg

Berat semasa: 54kg

Hai, saya Wahidah 🙂

Semua orang ada kisah pahit manis dalam kehidupannya. Begitu juga denganku. Nama saya wahidah. Saya bahasakan diri wahidah je la ye.

Daripada kecil wahidah antara "terbesar" dalam kalangan budak-budak kelas.

Masa sekolah rendah mungkin tak ada masalah sangat sebab wahidah budak aktif. Siap join taekwondo lagi.

Tapi sebab mak dulu berniaga kedai runcit.. Segala makanan ringan, air gas, air manis, keropok lekor, ayam goreng semua rembat!

Tabiat suka makan tu memang dari kecil dah dipupuk. Erk.

Sampailah masa kat sekolah menengah (masa tu wahidah tingkatan 3) nafsu makan tu lain macam.

Dah terbiasa orang gelar wahidah gemuk, chubby, bulat..

Tapi masa tu pekakkan telinga je, buat tak tahu.

Badan dah makin berpam-pam dan berlarutan sampai la masuk universiti.

Masa di universiti pula students U memang tak boleh dipisahkan dengan maggi dan fast food.

Memang wahidah suka sangat ayam KFC. Lagilah macam tong drum bodynya.

Ada sekali tu masa family gathering untuk majlis kahwin sepupu wahidah, semua tegur wahidah ni gemuk.

Lagi gemuk daripada mak wahidah. Rupa macam makcik2 / mak orang.

Mah aii...

Kita kahwin pun tak lagi orang dah cakap macam mak orang. Tercabar diri yang masih anak dara ni.

Mak wahidah plk asyik membebel berguni-guni dengan kuliahnya setiap hari suruh wahidah kurus.

Tapi sifat ibu kan, dalam dia membebel dia still masak sedap-sedap dan suruh makan. Alahai, mak aku seorang ini! Haha.

Stress kerja, lesu dan susah beribadat

Sekarang ni wahidah dah bekerja sebagai cikgu.

Wahidah mula jadi manusia yang cepat sensitif, emosional, selalu stress dengan kerja, cepat letih, kaki cepat lenguh-lenguh kalau berdiri lama.

Itu tak masuk lagi bab baik tangga. Wahidah jadi cepat mengah!

Paling wahidah tak boleh tahan nak berdiri solat pun rasa sakit tumit kaki ini. Allahurabbi!

Apa maknanya semua ini??

Allah nak tunjuk tanda2 suruh wahidah kurus.

Kalau dah sampai ibadah kau dengan Tuhan dah terganggu ini memang kena buat sesuatu.

Wahidah jadi terfikir lagi:

“Sampai bila aku nak tanggung berat berlebihan ini? Sampai ke tua ke aku nak gemuk?”

Memang lepas daripada itu wahidah nekad nak kurus.

Lepas solat, wahidah selalu doa:

“Ya Allah aku nak kurus untuk-Mu. Bantulah aku ya Allah.”

Jadi, BIG WHY wahidah nak kurus memang sebab nak sihat dan kurus kerana Allah.

Luasnya kuasa Allah, dalam beberapa hari je wahidah ternampak review diet cabaran stailoo di Facebook.

Masa itu Allah timbulkan rasa keinginan untuk wahidah mula berubah!

Join diet CABARAN STAILOO

Tanpa fikir panjang wahidah pun join cara diet yang betul cabaran stailoo ini.

Setiap hari wahidah akan dapat emel daripada coach dan try slow-slow amal tips yang dikongsikan.

Tapi BUKAN terus berubah 360 darjah jadi pendiet tegar...

...tapi slow-slow berubah.

  • Daripada suka minum air manis, kurangkan sedikit demi sedikit.
  • Daripada suka makan kerepek, kuih, kek, biskut sekarang dah cut slow2.
  • Daripada suka makan nasi 3 senduk kurangkan jadi 2 senduk dan akhirnya jadi 1 penumbuk tangan.
  • Daripada tak boleh minum air kosong langsung sekarang 2-3 liter sehari senang sangat.
  • Daripada kurang makan sayur, sekarang 'tak puas' kalau tak ada sayur dan buah.

Sejak daripada itu, pemakanan wahidah buat cara diet yang betul.

Tapi dalam berdiet tipulah kalau wahidah tak ada cheat. Memang ada.

Lepas kita dah diet berminggu-minggu, 2x sebulan wahidah akan reward diri sendiri.

Masa itu makanlah gajah rimau pun tapi yang peliknya senang je nak kembali diet walaupun buat cheatmeal / cheatday.

Mungkin sebab teknik habit yang diajar dalam CABARAN STAILOO ni.

So, memang best sangat amal diet ni!

Sebelum ni wahidah memang tak pernah diet. Kiranya wahidah start from zero la.

Jadi wahidah belajar dan terus belajar.

Buat perlahan-perlahan ikut kemampuan body kita.

Diet tanpa senaman

Tiga bulan pertama wahidah diet sahaja TANPA senaman.

Kita masih “mok-mok” kot masa tu, tak ada maknanya nak buat senaman hardcore bagai.

Just stay aktif macam banyakkan berjalan, naik tangga, senaman ringan dan paling penting jaga habit pemakanan dulu.

Dalam CABARAN STAILOO ajar:

Nak kurus atau sihat kena jaga pemakanan 80% senaman 20%.

Masa bulan pertama cara diet yang betul tanpa bersenam, wahidah lost hampir 10kg.

Tak sampai sebulan kot dah lost 10kg. Mahu tak terkejut naik penimbang masa tu.

Hampir 10 kali wahidah naik turun penimbang itu. Agaknya kalau penimbang itu boleh bercakap mesti dia cakap “Dah, dahlah naik aku." 😂😂

Sampaikan tak boleh percaya sangat wahidah panggil adik perempuan bongsu wahidah, Asma’ suruh dia baca penimbang tu.

(Almaklumlah wahidah ni rabun jauh.. hehe.)

Bila Asma’ cakap betul bacaan penimbang tu, memang happy sangat sangat.

Allah sahaja yang tahu. Sujud syukur terus! Sukanya ya Allah!

Memang kita lagi bersemangat nak kuruskan badanlah kan?

Terus konsisten

Lepas itu, wahidah teruskan kehidupan dengan diet cabaran stailoo ni macam biasa.

Hukum suku-suku-separuh memang wahidah buat dan praktis hari-hari tanpa sedar.

Bila dah tahu cara nak kuruskan badan.. InsyaAllah berat akan turun lancar je.

Lepas badan dah ringan sikit, barula wahidah mula bersenam.

Wahidah fokus kepada senaman hict dan kardio macam yang coach dah bagi dalam CABARAN STAILOO.

Wahidah exercise mula-mula buat 5 minit dulu sehari, esoknya tambah seminit lagi, lusa tambah seminit lagi begitulah hari-hari sampai lama kelamaan dah jadi habit exercise 30 minit sehari.

Memang betul, buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Alhamdulillah sampai sekarang wahidah jadi tak boleh nak tinggal exercise sebab DAH jadi habit.

Kalau tertinggal tu macam pelik pula.

Melainkan betul-betul sibuk, wahidah akan buat paling kurang 5 minit exercise sebelum tidur. Pun jadi.

Cabaran dan rintangan

Yup.. sebenarnya memang pernah wahidah tak exercise berhari-hari dan malas nak makan sihat.

Itu adalah realiti kita sebagai manusia.

Sentiasa ada 'bisikan' dan sibuk dengan rutin harian: kerja, kemas rumah, memasak dll.

Tapi nasib baik masa mula program CABARAN STAILOO ni, coach dah suruh letak siap2 target akhir vs target harian.

Kena tengok balik BIG WHY kita nak kurus.

Sebab itu bila nak kurus tuliskan sebab-sebab nak kurus tu dan tengok balik time nak give up.

Muhasabah balik diri sama ada berbaloi ke kita kalau kita dah give up sekerat jalan ni?

Yakin dengan usaha sendiri.

Sabar dan istiqamah itu kunci kejayaan. Jangan putus asa. Buat sampai jadi.

Cakap senanglah (wahidah pun pernah fikir macam itu)...

...tapi sebab itu niat mula-mula itu kena betul-betul kuat.

Letakkan Allah nombor satu.

Nak kurus sebab Allah kot. Takkan Allah tak bagi.

Orang putih pun ada cakap "konsisten LEBIH HEBAT daripada kesempurnaan."

Jadi tak kesah pun kalau anda tak boleh diet hari2.

Atau tak boleh nak bersenam setiap jam.

Yang penting anda konsisten dan lakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Cuba amalkan cara diet yang betul dan cara diet yang seimbang.

Lagipun dalam diet CABARAN STAILOO ini anda boleh makan nasi, anda kena makan 5-6 kali sehari, enjoy je berdiet.

Tup-tup berat turun.

Kini...

Alhamdulillah wahidah sekarang dah makin bertenaga, confident level pun dah meningkat, dah tak lesu.

Time mengajar rasa seronok walaupun berperang sokmo dengan anak murid. Mungkin sebab dah makin kurus dan cantik la kot (ini bukan wahidah cakap, orang lain yang cakap).

Anak murid duk memuji badan makin mengecil.

Cikgu-cikgu tempat kerja pun dah selalu tegur wahidah nampak sihat dan cantik.

Yang paling best, badan dah makin ringan dan senang nak beribadat.

Allahu Akbar! Alhamdulillah ya Allah.

Sekarang Allah bagi semangat yang lebih untuk fokus bekerja sebab wahidah rasa lebih bertenaga.

Sentiasa positif dan konsisten untuk jaga kesihatan.

Lebih mengejutkan time balik ke rumah saudara mara semua dah tegur makin kurus, siap minta tips lagi!

Nasihat wahidah kepada anda yang tengah baca kisah wahidah ini...

Walaupun anda rasa tak confident betul ke boleh kurus??

Yang penting anda mula sekarang!

Join jer cabaran stailoo ni tanpa perlu percaya apa2.

Nanti anda juga akan 'tahu' rahsia dan cara diet yang betul dan berkesan.

Kita nak pakai badan kita ini lama. Bukan setahun dua tapi ambil masa yang lama.

Cakap nak umur panjang kan. Umur panjang pun perlu sebab nak banyakkan ibadat pada Tuhan kita jugak.

So, nak sihat, nak cantik kena konsisten jaga pemakanan dan senaman.

Nikmat Allah bagi jangan kita sia-siakan sampai dapat pelbagai penyakit.

Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri cakap punca segala penyakit adalah daripada perut.

Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu dititikberatkan.

Jangan bertindak nak kurus cepat sampai sanggup membahayakan diri sendiri (beli produk kurus yang merepek).

Lebih baik belajar cara kurus tanpa gunakan sebarang produk kuruskan badan.

Ikut je tips kurus cabaran stailoo, step-by-step.

Wahidah doakan anda pun berjaya dapat bentuk badan dan berat badan yang anda impikan satu hari nanti.

Bila dah berjaya jangan terkejut tak percaya body sendiri plk...

...apatah lagi orang lain yang selalu duk kutuk-kutuk atau pandang rendah pada anda ketika dahulu akan mula minta tips kurus pada anda pula.

Berkat orang yang sabar ini Allah bagi ganjaran lebih. Percayalah!

Azam 2019,
Wahidah

Kalau anda berminat nak kurus dengan cara yang betul dan berkesan, anda boleh join CABARAN STAILOO. Klik "saya nak kurus" di bawah:

Leave a Comment