Wahidah Berjaya Turunkan 30KG Dengan Cara Diet Yang Betul

PENAFIAN: hasil turun berat badan mungkin berbeza untuk setiap individu. Hasil yang terbaik apabila anda buat dan praktis cara diet ini.

Baca perkongsian daripada wahidah yang amalkan cara diet yang betul:

Kisah inspirasi wahidah berjaya turun berat sebanyak 30kg!

Berat sebelum: 84kg

Berat semasa: 54kg

Hai, saya Wahidah 🙂

Semua orang ada kisah pahit manis dalam kehidupannya. Begitu juga denganku. Nama saya wahidah. Saya bahasakan diri wahidah je la ye.

Daripada kecil wahidah antara "terbesar" dalam kalangan budak-budak kelas.

Masa sekolah rendah mungkin tak ada masalah sangat sebab wahidah budak aktif. Siap join taekwondo lagi.

Tapi sebab mak dulu berniaga kedai runcit.. Segala makanan ringan, air gas, air manis, keropok lekor, ayam goreng semua rembat!

Tabiat suka makan tu memang dari kecil dah dipupuk. Erk.

Sampailah masa kat sekolah menengah (masa tu wahidah tingkatan 3) nafsu makan tu lain macam.

Dah terbiasa orang gelar wahidah gemuk, chubby, bulat..

Tapi masa tu pekakkan telinga je, buat tak tahu.

Badan dah makin berpam-pam dan berlarutan sampai la masuk universiti.

Masa di universiti pula students U memang tak boleh dipisahkan dengan maggi dan fast food.

Memang wahidah suka sangat ayam KFC. Lagilah macam tong drum bodynya.

Ada sekali tu masa family gathering untuk majlis kahwin sepupu wahidah, semua tegur wahidah ni gemuk.

Lagi gemuk daripada mak wahidah. Rupa macam makcik2 / mak orang.

Mah aii...

Kita kahwin pun tak lagi orang dah cakap macam mak orang. Tercabar diri yang masih anak dara ni.

Mak wahidah plk asyik membebel berguni-guni dengan kuliahnya setiap hari suruh wahidah kurus.

Tapi sifat ibu kan, dalam dia membebel dia still masak sedap-sedap dan suruh makan. Alahai, mak aku seorang ini! Haha.

Stress kerja, lesu dan susah beribadat

Sekarang ni wahidah dah bekerja sebagai cikgu.

Wahidah mula jadi manusia yang cepat sensitif, emosional, selalu stress dengan kerja, cepat letih, kaki cepat lenguh-lenguh kalau berdiri lama.

Itu tak masuk lagi bab baik tangga. Wahidah jadi cepat mengah!

Paling wahidah tak boleh tahan nak berdiri solat pun rasa sakit tumit kaki ini. Allahurabbi!

Apa maknanya semua ini??

Allah nak tunjuk tanda2 suruh wahidah kurus.

Kalau dah sampai ibadah kau dengan Tuhan dah terganggu ini memang kena buat sesuatu.

Wahidah jadi terfikir lagi:

“Sampai bila aku nak tanggung berat berlebihan ini? Sampai ke tua ke aku nak gemuk?”

Memang lepas daripada itu wahidah nekad nak kurus.

Lepas solat, wahidah selalu doa:

“Ya Allah aku nak kurus untuk-Mu. Bantulah aku ya Allah.”

Jadi, BIG WHY wahidah nak kurus memang sebab nak sihat dan kurus kerana Allah.

Luasnya kuasa Allah, dalam beberapa hari je wahidah ternampak review diet cabaran stailoo di Facebook.

Masa itu Allah timbulkan rasa keinginan untuk wahidah mula berubah!

Join diet CABARAN STAILOO

Tanpa fikir panjang wahidah pun join cara diet yang betul cabaran stailoo ini.

Setiap hari wahidah akan dapat emel daripada coach dan try slow-slow amal tips yang dikongsikan.

Tapi BUKAN terus berubah 360 darjah jadi pendiet tegar...

...tapi slow-slow berubah.

  • Daripada suka minum air manis, kurangkan sedikit demi sedikit.
  • Daripada suka makan kerepek, kuih, kek, biskut sekarang dah cut slow2.
  • Daripada suka makan nasi 3 senduk kurangkan jadi 2 senduk dan akhirnya jadi 1 penumbuk tangan.
  • Daripada tak boleh minum air kosong langsung sekarang 2-3 liter sehari senang sangat.
  • Daripada kurang makan sayur, sekarang 'tak puas' kalau tak ada sayur dan buah.

Sejak daripada itu, pemakanan wahidah buat cara diet yang betul.

Tapi dalam berdiet tipulah kalau wahidah tak ada cheat. Memang ada.

Lepas kita dah diet berminggu-minggu, 2x sebulan wahidah akan reward diri sendiri.

Masa itu makanlah gajah rimau pun tapi yang peliknya senang je nak kembali diet walaupun buat cheatmeal / cheatday.

Mungkin sebab teknik habit yang diajar dalam CABARAN STAILOO ni.

So, memang best sangat amal diet ni!

Sebelum ni wahidah memang tak pernah diet. Kiranya wahidah start from zero la.

Jadi wahidah belajar dan terus belajar.

Buat perlahan-perlahan ikut kemampuan body kita.

Diet tanpa senaman

Tiga bulan pertama wahidah diet sahaja TANPA senaman.

Kita masih “mok-mok” kot masa tu, tak ada maknanya nak buat senaman hardcore bagai.

Just stay aktif macam banyakkan berjalan, naik tangga, senaman ringan dan paling penting jaga habit pemakanan dulu.

Dalam CABARAN STAILOO ajar:

Nak kurus atau sihat kena jaga pemakanan 80% senaman 20%.

Masa bulan pertama cara diet yang betul tanpa bersenam, wahidah lost hampir 10kg.

Tak sampai sebulan kot dah lost 10kg. Mahu tak terkejut naik penimbang masa tu.

Hampir 10 kali wahidah naik turun penimbang itu. Agaknya kalau penimbang itu boleh bercakap mesti dia cakap “Dah, dahlah naik aku." 😂😂

Sampaikan tak boleh percaya sangat wahidah panggil adik perempuan bongsu wahidah, Asma’ suruh dia baca penimbang tu.

(Almaklumlah wahidah ni rabun jauh.. hehe.)

Bila Asma’ cakap betul bacaan penimbang tu, memang happy sangat sangat.

Allah sahaja yang tahu. Sujud syukur terus! Sukanya ya Allah!

Memang kita lagi bersemangat nak kuruskan badanlah kan?

Terus konsisten

Lepas itu, wahidah teruskan kehidupan dengan diet cabaran stailoo ni macam biasa.

Hukum suku-suku-separuh memang wahidah buat dan praktis hari-hari tanpa sedar.

Bila dah tahu cara nak kuruskan badan.. InsyaAllah berat akan turun lancar je.

Lepas badan dah ringan sikit, barula wahidah mula bersenam.

Wahidah fokus kepada senaman hict dan kardio macam yang coach dah bagi dalam CABARAN STAILOO.

Wahidah exercise mula-mula buat 5 minit dulu sehari, esoknya tambah seminit lagi, lusa tambah seminit lagi begitulah hari-hari sampai lama kelamaan dah jadi habit exercise 30 minit sehari.

Memang betul, buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Alhamdulillah sampai sekarang wahidah jadi tak boleh nak tinggal exercise sebab DAH jadi habit.

Kalau tertinggal tu macam pelik pula.

Melainkan betul-betul sibuk, wahidah akan buat paling kurang 5 minit exercise sebelum tidur. Pun jadi.

Cabaran dan rintangan

Yup.. sebenarnya memang pernah wahidah tak exercise berhari-hari dan malas nak makan sihat.

Itu adalah realiti kita sebagai manusia.

Sentiasa ada 'bisikan' dan sibuk dengan rutin harian: kerja, kemas rumah, memasak dll.

Tapi nasib baik masa mula program CABARAN STAILOO ni, coach dah suruh letak siap2 target akhir vs target harian.

Kena tengok balik BIG WHY kita nak kurus.

Sebab itu bila nak kurus tuliskan sebab-sebab nak kurus tu dan tengok balik time nak give up.

Muhasabah balik diri sama ada berbaloi ke kita kalau kita dah give up sekerat jalan ni?

Yakin dengan usaha sendiri.

Sabar dan istiqamah itu kunci kejayaan. Jangan putus asa. Buat sampai jadi.

Cakap senanglah (wahidah pun pernah fikir macam itu)...

...tapi sebab itu niat mula-mula itu kena betul-betul kuat.

Letakkan Allah nombor satu.

Nak kurus sebab Allah kot. Takkan Allah tak bagi.

Orang putih pun ada cakap "konsisten LEBIH HEBAT daripada kesempurnaan."

Jadi tak kesah pun kalau anda tak boleh diet hari2.

Atau tak boleh nak bersenam setiap jam.

Yang penting anda konsisten dan lakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Cuba amalkan cara diet yang betul dan cara diet yang seimbang.

Lagipun dalam diet CABARAN STAILOO ini anda boleh makan nasi, anda kena makan 5-6 kali sehari, enjoy je berdiet.

Tup-tup berat turun.

Kini...

Alhamdulillah wahidah sekarang dah makin bertenaga, confident level pun dah meningkat, dah tak lesu.

Time mengajar rasa seronok walaupun berperang sokmo dengan anak murid. Mungkin sebab dah makin kurus dan cantik la kot (ini bukan wahidah cakap, orang lain yang cakap).

Anak murid duk memuji badan makin mengecil.

Cikgu-cikgu tempat kerja pun dah selalu tegur wahidah nampak sihat dan cantik.

Yang paling best, badan dah makin ringan dan senang nak beribadat.

Allahu Akbar! Alhamdulillah ya Allah.

Sekarang Allah bagi semangat yang lebih untuk fokus bekerja sebab wahidah rasa lebih bertenaga.

Sentiasa positif dan konsisten untuk jaga kesihatan.

Lebih mengejutkan time balik ke rumah saudara mara semua dah tegur makin kurus, siap minta tips lagi!

Nasihat wahidah kepada anda yang tengah baca kisah wahidah ini...

Walaupun anda rasa tak confident betul ke boleh kurus??

Yang penting anda mula sekarang!

Join jer cabaran stailoo ni tanpa perlu percaya apa2.

Nanti anda juga akan 'tahu' rahsia dan cara diet yang betul dan berkesan.

Kita nak pakai badan kita ini lama. Bukan setahun dua tapi ambil masa yang lama.

Cakap nak umur panjang kan. Umur panjang pun perlu sebab nak banyakkan ibadat pada Tuhan kita jugak.

So, nak sihat, nak cantik kena konsisten jaga pemakanan dan senaman.

Nikmat Allah bagi jangan kita sia-siakan sampai dapat pelbagai penyakit.

Sebab Rasulullah s.a.w. sendiri cakap punca segala penyakit adalah daripada perut.

Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu dititikberatkan.

Jangan bertindak nak kurus cepat sampai sanggup membahayakan diri sendiri (beli produk kurus yang merepek).

Lebih baik belajar cara kurus tanpa gunakan sebarang produk kuruskan badan.

Ikut je tips kurus cabaran stailoo, step-by-step.

Wahidah doakan anda pun berjaya dapat bentuk badan dan berat badan yang anda impikan satu hari nanti.

Bila dah berjaya jangan terkejut tak percaya body sendiri plk...

...apatah lagi orang lain yang selalu duk kutuk-kutuk atau pandang rendah pada anda ketika dahulu akan mula minta tips kurus pada anda pula.

Berkat orang yang sabar ini Allah bagi ganjaran lebih. Percayalah!

Azam 2019,
Wahidah

Kalau anda berminat nak kurus dengan cara yang betul dan berkesan, anda boleh join CABARAN STAILOO. Klik "saya nak kurus" di bawah:

3 sebab kenapa jangan beli aloe vera gel ini

stailoo aloe vera gel forever living

Update 31 Mei 2017: promosi PERCUMA 1 botol aloe vera gel telah tamat.

Jangan beli aloe vera gel Forever Living ini kalau anda tak tahu guna.

Sebab #1: membazir duit kalau tak amal minum
Sebab #2: kurang berkesan kalau tak jaga pemakanan
Sebab #3: anda boleh dapatkan secara percuma  (promosi tamat)
.

Tapi kalau anda tahu guna (dan nak badan yang lebih slim dan lebih sihat), anda perlu guna dengan cara yang betul untuk dapatkan HASIL TERBAIK.

Kalau anda pernah minum aloe vera gel Forever Living ini, anda mesti tahu 101 khasiat aloe vera tersebut.

Ada yang minum untuk detox.
Ada yang minum untuk lebih kurus.

Ada yang minum untuk lebih sihat dan cantik.

Tapi betul ke?

Dengan HANYA minum aloe vera ini, betul ke boleh dapat semua kebaikan tu??

Jawapannya: yup betul.

Banyak kajian sains telah dijalankan ke atas pokok aloe vera ini.

Sebab tu tak pelik kenapa aloe vera ini sudah digunakan untuk dijadikan ubat (medicinal plant) semenjak 1000 tahun dahulu.

Ni rupa asal pokok aloe vera:

Setiap daun aloe vera ini penuh dengan kandungan air-likat atau dikenali sebagai “gel”.

Untuk anda yang amal minum aloe vera gel ini sebagai minuman kesihatan, alhamdulillah.. Anda buat pilihan yang bijak.

Amal minum aloe vera gel Forever Living ini untuk - kurus, sihat dan cantik - jauh lebih baik daripada anda beli ubat kurus atau pil langsing dsb.

Kononnya “kemam kemam terus kurus / cantik”. Mengarut.

6 kebaikan aloe vera gel

Berdasarkan kajian sains: (1), (2), (3), (4), (5), (6)

  1. Mencuci usus (kurus akan lebih mudah dan lancar)
  2. Memperbaiki sistem pencernaan supaya mudah 'buang'
  3. Menegangkan kulit (nampak lebih cantik)
  4. Mengelakkan naik jerawat
  5. Mengurangkan paras gula dalam darah (badan lebih sihat)
  6. Mengandungi antioksida dan antibakteria

Dan banyak lagi.

Yup minum aloe vera gel Forever Living ini memang baik untuk kesihatan.

Tapi kalau anda nak MAKSIMUMKAN HASIL apabila minum aloe vera ini, anda perlu:

Jaga pemakanan anda.

Katakan anda sudah amal minum jus kesihatan ini, tapi makanan manis, garam, gula, ajinamoto, kicap, MSG dll.. semua anda hentam.

Rugi.

Membazir duit anda je amal minum aloe vera gel Forever Living ini tapi tidak dapat hasil yang sepatutnya anda dapat.

Ibarat segala khasiat aloe vera ini ‘ditenggelamkan’ oleh makanan anda yang merepek-repek tu.

Jadi nak tak nak, anda perlu serba sedikit jaga pemakanan anda untuk dapat hasil terbaik dengan aloe vera gel Forever Living ini.

Selamat beramal 🙂

Hati-hati apabila ingin kurus tapi bergantung hanya pada produk kurus semata-mata

Via: ohmymedia.cc

Lambakan jus jus kesihatan yang dijual di pasaran yang tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut ternyata menimbulkan keraguan. Apatah lagi ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.

Doktor ini berkongsi beberapa kisah berdasarkan pengalaman dirinya merawat pesakit yang ‘terpedaya’ dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk tidak mendapatkan rawatan dari pihak doktor.

Seorang ustaz 50 tahun datang klinik untuk temujanji darah tinggi dan kencing manis. Disorong atas kerusi roda. Muda lagi. Saya tanya kenapa ni ustaz, kena stroke ke? Ustaz angguk dan senyum. Saya tanya kenapa sampai boleh kena stroke? Darah tinggi tak terkawal ke ustaz? Kata dia dulu dia takmau percaya dengan perubatan moden, ubat yang doktor bagi dia tak makan dan dia telan Jus Al-XXXX hari hari sampai gula naik mencanak, tekanan darah naik mendadak. Sekarang dia menyesal dan sedih sebab dah banyak lupa banyak surah surah yang dia dah hafal.

Seorang polis umur 55 tahun, datang untuk pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi juga. Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan darah semua dah elok dan terkawal cuma bacaan creatinine sedikit tinggi. Maksudnya buah pinggang ada rosak sedikit. Kata dia, dia ada amalkan minum supplemen YYYY dulu. Kata dia masa dia amalkan minum jus kononnya berkhasiat tu dulu, bacaan gula memang akan naik banyak. Jadi, dia berhenti selepas dinasihatkan oleh doktor. Selepas berhenti dan patuh dengan ubat yang dibekalkan, bacaan kembali normal cuma buah pinggang yang dah rosak sukar dipulihkan. Nasib tak sampai ke tahap perlu cuci buah pinggang.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Ini baru lima contoh yang paling saya ingat.

Tapi ada terlalu banyak kes yang sama kat klinik. Anda boleh bertanya kepada doktor dan pakar di bahagian nefrologi atau buah pinggang, terdapat banyak kes, penyebab kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh jus jus merapu atau supplemen merapik yang entah apa isi kandungan di dalamnya.

Boleh untuk kita jual supplemen tapi janganlah sampai perlu menipu masyarakat hanya untuk kita kaya dan hidup mewah. Kasihan orang orang kampung, makcik pakcik tua yang mudah percaya, anak muda yang gila nak putih dan lawa. Mereka hanya percaya bulat bulat dengan iklan dan testimoni.

Janganlah kata dengan hanya minumlah jus ini, tak perlu makan ubat doktor, doktor semua agen yahudi, saya guna ayat al quran semasa proses pembikinan jus ini, yada yada yada. Jangan.

Kasihan masyarakat.

Lagi lagi ada juga radio dan tv yang masih membenarkan penjual produk ni menghasut masyarakat. Sedih.

Entah entah yang menjual produk tersebut pun tak menggunakan produk mereka sendiri.

Entah macam mana proses pembuatan semua jus tersebut. Terdapat supplemen dan ubat dan krim cantik ni di ambil dari negara asing dan menggunakan steroid atau bahan terlarang, kemudian diletakkan didalam bekas hanya di beli kilang biasa sahaja. Sebab tu rasa jus jus ni sama saja. Cuba anda pergi rasa. Manis sahaja. Krim pun wangi sahaja sebab ditambah pewangi untuk hilangkan bau merkuri yang kuat.

Konon ada juga kopi untuk lawa lalu jadilah kopi kolagen. Hurm kolagen kalau dicampur dengan kaffein memang musnahlah kolagen tersebut. Macam macam helah penjual.

Ada yang membayar artis dan ustaz untuk menjadi duta. Lagilah masyarakat mudah terpedaya.

Yang terbaru, ada alat sembur untuk pulihkan buah pinggang dan pankreas. Sembur sembur terus sihat. Hurm sembur terus ke organ ke sampai boleh sihat tu? Teringin saya nak tanya, apalah mechanism of action semua ubat ubat/jus/ krim ni ya? Kalau boleh terangkan, saya sanggup duduk semeja seharian untuk dengar.

Sebab bila ditanya, testimoni mesti cakap kawan jiran saya, sepupu belah adik saya, entah siapa siapalah. Eh ingatkan diri sendiri yang cuba.

Berniaga dengan ikhlas. Setiap satu tindakan kita dicatat. Nasihat yang kita beri, kalau salah tapi orang ikut dan sebar sebarkan, kita yang tanggung dosa sebab kita yang mulakan.

Awak menjual, awak dapat duit, pembeli merana dan perlu menanggung akibat sampai ke sudah. Fikir dahulu sebelum berkata dan menjual. Fikir akan masa depan pembeli.

Ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Jangan jual agama dan bertanyalah pada yang pakar.

Kisah saya turun berat dari 78kg ke 54kg tanpa produk kurus

Produk kuruskan badan: kisah saya berjaya turun berat 24kg tanpa produk

PENAFIAN: hasil turun berat badan mungkin berbeza untuk setiap individu. Hasil yang terbaik apabila anda buat dan praktis tips kurus cabaran stailoo ini tanpa guna sebarang produk kuruskan badan.

Dulu berat saya 78kg.

Tapi sekarang ni alhamdulillah 54kg… dah berjaya turun 24kg dengan cara kurus yang betul dan sihat.

Syukur sangat2.

Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.

Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah.

Sekarang ni saya senyum je memanjang. Saya jadi lebih positif 

Memang best sangat bila dah kurus.

Jadi hari ni nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana saya kurus tanpa sebarang produk kuruskan badan.

Selalu diejek

Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok.

Sebab saya pernah rasa dulu. Padahal tipu diri sendiri je. Just nak sedapkan hati.

Pernah dulu masa kat PLKN berat mencecah 78kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil sy gemok pendek.

Masa tu perasaan sy sedih sangat. Hati kecil ni selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biala”.

Dan pernah satu hari tu ada baju siapa tah - saiz xxxl - tercicir.

Cikgu tanya tu baju siapa. Budak2 laki cakap saya yang punya. Time tu dah la diorang ramai2. Malu sangat.

Tapi orang macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati terluka.

Yela semua orang ada maruah kan. Jangan la buat saya macam tu.

Ada satu lagi cerita...

Masa tu tahun kedua di universiti.

Tengah duduk2 di lobi sambil tunggu lecturer masuk kelas,, ada sorang laki ni dia gocang2 air tin coke pastu terus buka air tin tu belakang saya.

Apa lagi terpancut keluar la habis kena baju saya. Dia terus jerit “GEMOK PENDEK!!!!”.

Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu.

Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Tak pernah mintak duit dia.

Orang sekeliling masa tu berkata sinis.. “Muda2 lagi dah tak pandai melawa”.

Semua kata-kata tu tersimpan dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya.

Saya nak berubah

Sejak daripada pengalaman ngeri tu saya tekad. Saya nak berubah.

Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop.

Saya google..

Cara kuruskan badan
“Produk kuruskan badan”
“Tips kurus sihat”

Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan.

Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus.

Tapi!

Malangnya saya hanya sekadar membaca.

Apa yang saya tak tahu. Semua saya tahu.

Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla.

Semua dalam kepala saya.

Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet.

Masuk seminggu perghhh..

Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan.

Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la.

Last2 lupa pulak saya tengah diet.

Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye.

Pastu saya akan menyesal and start balik diet. Huhu.

produk kurus paling berkesan

Teknik kurus CABARAN STAILOO

Perkara ni berlarutan sampai la satu hari tu.

Tengah syok main internet saya terjumpa satu Blog - CABARAN STAILOO: teknik kurus mudah, cepat & berkesan.

Saya macam tak percaya.

Tak perlu diet dan berlapar.
Tak perlu kuat bersenam.
Tak perlu beli produk kuruskan badan.

Saya tak boleh tidur malam tu duk mikir pasal teknik kurus ni.

Esok bangun jer tido terus saya join teknik kurus CABARAN STAILOO ni.

Wow sekarang baru saya faham.

Macam ni rupanya cara betul nak kurus..

Yup kita boleh baca 1001 tips kuruskan badan. Tapi boleh ke kita buat kesemua tips tu??

Teknik kurus paling berkesan

Dalam CABARAN STAILOO saya diajar untuk buat satu per satu tips tersebut.

Amal selama 2 minggu. Jadikan habit. Lepas dah jadi habit tambah lagi tips yang baru. Jadikan habit kedua. Buat dan ulang.

Fuh. Memang berkesan teknik yang di ajar dalam cabaran stailoo ni.

Saya di ajar makan ikut portion.

Tapi satu per satu. Mula2 fokus pada protein. Pastu sayur. Pastu karbohidrat. Pastu lemak sihat.

Yang penting satu per satu sampai jadi habit.

Saya juga diajar teknik makan mengikut saiz badan.

Macam saya yang jenis bulat ni, setiap kali makan saya kena pastikan ada:

- Satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)
- Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)
- Separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)
- Dua ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)

Dengan teknik ni saya jarang rasa lapar.

Saya lebih enjoy waktu makan saya dan akan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang.

Dan yang paling saya suka teknik hidrasi.

Sepanjang hari saya perlu pastikan 'cukup' kandungan air dalam badan saya.

6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam
8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air
10 am: teh hijau + 1 gelas air
2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air
4 pm: kopi + 1 gelas air
6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air
8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air

Fuhhh..

Memang terkencing la dengan teknik hidrasi ni.

Kejap2 gi toilet. Tapi takpe la. Badan sihat. Berat pun turun.

Walaupun tak dahaga saya minum jugak.

Bukan minum air semata-mata untuk hilangkan dahaga, tapi untuk optimumkan fungsi sel, tisu, otot dll.

Daripada 78 kg kepada 54 kg

Dengan amal tiga teknik ni je berat dah mula turun 9kg (kurus tanpa bersenam).

Wah excited la saya. Baju pun dah longgar.

kurus tanpa senaman

Saya belum puas hati lagi. Jadi bulan seterusnya saya mula bersenam.

Ni jadual senaman saya:

Isnin: rehat
Selasa: rehat
Rabu: rehat
Khamis: rehat
Jumaat: rehat
Sabtu: rehat
Ahad: rehat

Hahahahhaha…..

Saya ni jenis malas bersenam. Sebab tu la saya tak pernah tetapkan bila hari perlu bersenam.

Dalam teknik kurus CABARAN STAILOO ni saya tak perlu kuat bersenam tapi perlu bergerak aktif.

Jadi saya pilih untuk bergerak aktif.

Kebanyakkan masa saya akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Contoh kemas rumah, naik turun tangga, berjalan kaki ke kelas dsb.

Tapi coach kata kalau nak turun berat lagi CEPAT buat 12 senaman HICT.

So saya cuba je la.

Jumping jack (total body)
Wall sit (lower body)
Push up (upper body)
Double crunch (abs & core)

Box jump (total body)
Squat (lower body)
Tricep dip (upper body)
Plank (abs & core)

High knees (total body)
Jump lunge (lower body)
Mountain climber (upper body)
Side plank (abs & core)

Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni.

Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu.

Memang seronok.

Peluh keluar mencurah-curah.

Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupun selepas 24 jam habis bersenam.

End result: berjaya turun lagi 12 kg berat!!

Pinggang pun jadi lebih ramping. Hehe..

petua kurus hilang 12kg

Teknik kurus yg enjoy dan tak stress

Saya sangat berpuas hati dengan teknik kurus yang di ajar dalam CABARAN STAILOO ni.

Saya buat dan terus buat.

Apa yang saya perasan kalau dulu saya banyak membaca tapi selepas belajar teknik kurus cabaran stailoo ni saya lebih banyak BUAT dan PRAKTIS.

Yang tu perubahan saya paling ketara. Hasilnya berat badan turun dengan sangat ketara.

Bulan seterusnya turun lagi 3 kg (bulan ni berat tak turun banyak sebab fokus untuk naik sedikit otot. So walaupun tidur, lemak tetap dibakar sebab metabolisma dah tinggi).

Setelah belajar teknik kurus CABARAN STAILOO ni, saya dah berjaya capai target berat yang saya nak, 54kg.

Alhamdulillah.

berat ideal 54kg

Dulu diejek, sekarang dipuji

Saya ingat lagi masa bukak sem baru dulu. Time tu dah kurus.

Memang orang terkejut la tengok saya. Yang kelakar lecturer saya ingat saya kena penyakit. Huhu.

Tahun tu jugak saya konvo diploma. Best dapat pakai baju cantik masa hari keraian kita.

testimoni kurus

Ingat lagi budak laki yang sembur air tin coke kat saya tu?

Dia terkejut dan beriya mintak maaf dengan saya. Saya tak cakap apa2. Tapi dalam hati saya dah maafkan.

Kawan2 pun selalu puji saya nampak lebih cantik.

Dan ramai yang tanya ‘rahsia’ sy kurus. Saya pun kata join jer CABARAN STAILOO ni, nanti akan belajar teknik kurus yang betul.

Hidup saya sekarang lebih sihat dengan pemakanan yang betul.

Senaman kadang2 buat tapi banyaknye tak buat. Hehe..

Tapi berat still maintain 54-55 kg.

Saya percaya tidak ada produk kurus paling berkesan melainkan saya sendiri kena konsisten dengan habit saya dan teknik2 yang saya belajar dalam CABARAN STAILOO ni.

Dah boleh pakai baju saiz S

tak perlu cari ubat kurus paling berkesan lulus kkm

Happy sangat bila apa yang saya usahakan berhasil.

Daripada xxxl sekarang S pun dah muat. Tapi kita patuh syariah sikit kita guna M la. Hehe.

Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2.

Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.

Hidup saya sekarang lebih happy, sihat...

... dan nak buat apa2 aktiviti pun tak terbatas.

Banyak yang dulu saya x boleh buat tapi lepas dah kurus ni macam2 saya cuba.

Alhamdulillah! Syukur pada Allah bagi saya nikmat ni.

Memang satu kepuasan bila dah berjaya kurus.

Inspirasi: lupakan produk kuruskan badan

Semoga cerita saya ini akan memberi inspirasi pada anda untuk MULA diet secara sihat, tanpa perlu berlapar dan tanpa guna apa2 suplemen atau produk kuruskan badan.

Lepas ni tak perlu dah nak cari "ubat kurus paling berkesan lulus kkm."

Nadaa.

Diet je mcm biasa dan tak perlu stress2.

Kalau anda tak tahu mcm mana cara kurus yang betul, atau anda perlukan guide smpai berjaya kurus, join jer teknik kurus CABARAN STAILOO.

InsyaALLAH dengan sistem, tips & teknik efektif.. anda akan kurus lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.

Saya boleh, anda lagi la boleh 
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Yes you can,
Mira

Klik "SAYA NAK KURUS" untuk belajar teknik kurus CABARAN STAILOO:

4 suplemen kuruskan badan yang berkesan dan selamat untuk digunakan

Nak kurus anda perlu makan:

  • Rendah karbohidrat (kurangkan nasi/roti dan lebihkan sayur)
  • Tinggi protein
  • Tinggi lemak tepu

Lihat gambar di bawah untuk ketahui jumlah karbohidrat, protein, dan lemak tepu anda perlu ambil SETIAP KALI anda makan.

Sekiranya anda dapat konsisten bekalkan badan anda dengan kesemua nutrisi ini SETIAP KALI anda makan, barulah anda akan berjaya kurus dengan sihat. Tapi mampu ke?

Kalau tak mampu anda perlu pertimbangkan untuk ambil suplemen untuk tampung kekurangan nutrisi tersebut. Kajian menunjukkan 45% populasi masyarakat tidak mendapat khasiat yang secukupnya dan menjadi punca tidak berjaya kuruskan badan!

Di sini saya senaraikan 4 suplemen kuruskan badan yang berkesan dan selamat untuk digunakan.

#1 Fish Oil

Kandungan: omega-3 fatty acid (lemak tepu)
Dos: 1g untuk setiap peratusan body fat, diambil setiap hari

Langkah pertama bersuplemen untuk kuruskan badan ialah dengan mengambil fish oil.

Fish oil akan menjadikan mood/fikiran anda lebih baik kerana fish oil mengandungi eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang berkait rapat dengan fungsi otak.

Apabila mood anda dalam keadaan baik (minda/psikologi anda juga dalam keadaan baik) anda akan sentiasa berada dalam keadaan POSITIF untuk kuruskan badan.

Sebab tu la kami amat menyarankan untuk ambil suplemen fish oil pada peringkat permulaan.

Anda boleh ambil 1g fish oil untuk setiap peratusan body fat. Contoh, anda mempunyai 10% body fat, jadi anda perlu ambil 10g fish oil setiap hari selama 2 minggu. Atau sekiranya anda mempunyai 20% body fat, anda perlu ambil 20g fish oil.

Fish oil yang berkualiti: Genuine Health O3mega

#2 Multivitamin

Kandungan: Vitamin dan mineral
Dos: 1 tablet satu hari

Setelah anda berjaya menambahbaik mood/fikiran anda, sekarang anda perlu memperbaiki kekurangan nutrisi dalam badan anda kerana kebanyakkan kita sangat kurang nutrisi penting seperti vitamin dan mineral.

Apabila anda kurang nutrisi ini, badan anda tidak dapat berfungsi secara optimum dan akan menyebabkan metabolisma badan anda menurun dan melambatkan proses pembakaran lemak badan.

Jadi anda perlu gunakan suplemen kuruskan badan multivitamin untuk tingkatkan kembali metabolisma tersebut supaya lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

Satu kajian ke atas 96 wanita obes (BMI>28) telah dijalankan untuk mengkaji kesan suplemen multivitamin terhadap metabolisma badan.

96 wanita obes ini diarahkan untuk kekalkan diet/aktiviti mereka yang sedia ada dan hanya di tambah suplemen multivitamin.

Hasilnya..

- turun berat badan sebanyak 3.4 kg
- turun 1.4 BMI
- kurang 2.3 cm ukur lilit pinggang (bermakna lebih slim!)
- hilang 2.8 kg lemak

Woah.

Pengkaji yang menjalankan kajian ini menerangkan macam mana 96 wanita obes ini boleh mendapatkan hasil yang agak menarik walau hanya menambah suplemen multivitamin dalam diet mereka.

“Subjek (96 wanita obes) menunjukkan peningkatan pada ‘resting energy expenditure’ sebanyak 53 kcal/hari apabila mengambil multivitamin 1 tablet sehari sekali”

Dalam kata lain, semakin tinggi ‘resting energy expenditure’ anda, semakin banyak kalori yang dibakar ketika anda sedang tidur/berehat!

Multivitamin yang berkualiti: Genuine Health Multi+

#3 Protein Powder

Kandungan: Whey/Casein/Soya (protein)
Dos: 1 atau 2 skop, diambil selepas senaman

Sekiranya anda mampu makan protein daripada ikan/daging/ayam/telur pada jumlah yang secukupnya, anda mungkin tidak lagi memerlukan suplemen protein.

Tapi jika anda kekurangan sumber protein ini, anda boleh gunakan protein powder untuk menampung kekurangan tersebut.

Protein sangat penting untuk anda kuruskan badan kerana diet yang tinggi dengan protein memberikan anda rasa lebih kenyang sepanjang hari, mengurangkan kalori secara automatik dan meningkatkan metabolisma badan.

Satu kajian dijalankan untuk mengkaji perbandingan antara jenis2 diet. Peserta yang mengambil banyak protein dalam diet mereka turun 14.1 kg berat selama 3 bulan berbanding peserta yang ambil kurang protein.

Anda disarankan untuk ambil 25-50 grams protein powder (1 atau 2 skop).. campurkan dengan air mineral serta sedikit ais, goncang dan minum. Untuk hasil terbaik ambil bancuhan protein powder selepas senaman.

Terbukti protein sangat penting untuk kuruskan badan jadi anda perlu pastikan anda makan baaaaanyak protein atau pertimbangkan untuk gunakan suplemen protein powder.

Protein powder yang berkualiti: Biotest

P.S. suplemen protein powder ni tidak menggemukkan sebaliknya memberikan anda diet yang mengenyangkan, mengurangkan kalori secara automatik dan mencegah naik berat badan!

#4 Greens

Kandungan: Sayur, buah, alga, herba
Dos: 1 hidangan pagi, 1 hidangan petang

Apa itu suplemen greens? Suplemen greens ialah campuran sayur, buah, alga, herba dll ke dalam satu produk yang dihasilkan dalam bentuk serbuk.

Suplemen greens digunakan untuk menampung diet yang kurang dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anda disarankan untuk makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari tapi malangnya kebanyakkan kita hanya mampu makan 3 hidangan sahaja. Ugh.

Apabila anda hanya makan protein dan kanji (acid) tapi sangat kurang sayur dan buah (alkali), ini boleh menyebabkan ‘acid load’ dan aras pH badan anda tidak seimbang.

Ni antara kesan apabila diet anda tinggi asid dan sangat kurang alkali:

  • meningkatkan hormon stress
  • mengurangkan hormon thyroid
  • kehilangan jisim otot dan tulang

Hmm… not good.

Cara mudah untuk selesaikan masalah pH badan (asid-alkali) yang tidak seimbang ini, anda perlu makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari.

Tapi sekiranya anda tidak mampu dapatkan bekalan sayur dan buah yang secukupnya, anda boleh gunakan suplemen greens.

Satu kajian telah dijalankan ke atas 34 peserta lelaki dan wanita untuk mengkaji kesan suplemen greens pada tahap pH. Mereka diberi suplemen greens dan hasil menunjukkan aras pH mereka berubah daripada asid ke neutral/alkali seawal 7 hari.

Terbukti suplemen greens mengimbangi pH badan dan akan memastikan tubuh badan anda berfungsi secara optimum untuk menjadikan anda lebih baik, lebih sihat dan lebih kurus.

Suplemen greens yang berkualiti: Greens+