3 sebab kenapa jangan beli aloe vera gel ini

stailoo aloe vera gel forever living

Update 31 Mei 2017: promosi PERCUMA 1 botol aloe vera gel telah tamat.

Jangan beli aloe vera gel Forever Living ini kalau anda tak tahu guna.

Sebab #1: membazir duit kalau tak amal minum
Sebab #2: kurang berkesan kalau tak jaga pemakanan
Sebab #3: anda boleh dapatkan secara percuma  (promosi tamat)
 
Tapi kalau anda tahu guna (dan nak badan yang lebih slim dan lebih sihat), anda perlu guna dengan cara yang betul untuk dapatkan HASIL TERBAIK.
 

Kalau anda pernah minum aloe vera gel Forever Living ini, anda mesti tahu 101 khasiat aloe vera tersebut.

Ada yang minum untuk detox.
Ada yang minum untuk lebih kurus.

Ada yang minum untuk lebih sihat dan cantik.

Tapi betul ke?

Dengan HANYA minum aloe vera ini, betul ke boleh dapat semua kebaikan tu??

Jawapannya: yup betul.

Banyak kajian sains telah dijalankan ke atas pokok aloe vera ini.

Sebab tu tak pelik kenapa aloe vera ini sudah digunakan untuk dijadikan ubat (medicinal plant) semenjak 1000 tahun dahulu.

Ni rupa asal pokok aloe vera:

Setiap daun aloe vera ini penuh dengan kandungan air-likat atau dikenali sebagai “gel”.

Untuk anda yang amal minum aloe vera gel ini sebagai minuman kesihatan, alhamdulillah.. Anda buat pilihan yang bijak.

Amal minum aloe vera gel Forever Living ini untuk - kurus, sihat dan cantik - jauh lebih baik daripada anda beli ubat kurus atau pil langsing dsb.

Kononnya “kemam kemam terus kurus / cantik”. Mengarut.

6 kebaikan aloe vera gel

Berdasarkan kajian sains: (1), (2), (3), (4), (5), (6)

  1. Mencuci usus (kurus akan lebih mudah dan lancar)
  2. Memperbaiki sistem pencernaan supaya mudah 'buang'
  3. Menegangkan kulit (nampak lebih cantik)
  4. Mengelakkan naik jerawat
  5. Mengurangkan paras gula dalam darah (badan lebih sihat)
  6. Mengandungi antioksida dan antibakteria

Dan banyak lagi.

Yup minum aloe vera gel Forever Living ini memang baik untuk kesihatan.

Tapi kalau anda nak MAKSIMUMKAN HASIL apabila minum aloe vera ini, anda perlu:

Jaga pemakanan anda.

Katakan anda sudah amal minum jus kesihatan ini, tapi makanan manis, garam, gula, ajinamoto, kicap, MSG dll.. semua anda hentam.

Rugi.

Membazir duit anda je amal minum aloe vera gel Forever Living ini tapi tidak dapat hasil yang sepatutnya anda dapat.

Ibarat segala khasiat aloe vera ini ‘ditenggelamkan’ oleh makanan anda yang merepek-repek tu.

Jadi nak tak nak, anda perlu serba sedikit jaga pemakanan anda untuk dapat hasil terbaik dengan aloe vera gel Forever Living ini.

Program Online Cabaran Stailoo

Kalau anda tak tahu macam mana nak jaga pemakanan, meh sertai program kurus dan sihat CABARAN STAILOO.

Anda akan belajar CARA untuk makan yang betul.
Anda akan belajar APA perlu makan untuk kurus, sihat dan cantik.
Anda akan belajar untuk JAGA kualiti tidur, tenaga badan dan stress level.
 

Cabaran Stailoo adalah program kurus dan sihat secara online (jadi anda tak perlu pergi kemana-mana).

Anda akan dapat panduan kurus dan sihat melalui email.

Satu per satu.

Langkah demi langkah.

Banyak yang anda akan belajar di dalam program CABARAN STAILOO nanti.

Contoh:

Sekarang ni viral menu bersahur dengan susu + kurma + chia seed, untuk tenaga dan untuk kurus!

Bila dah viral ni ramai yang cuba buat, tapi tak ramai yang tahu kesan sampingan.

Pastu mula la ada yang mengadu sakit kepala, muntah2 dsb.

Cara yang betul:

  •  susu + kurma + chia seed
  • eksperimen dulu: masukkan sikit shj chia seed (1/2 sudu kecil) untuk tengok respon badan anda pada chia seed
  • setiap hari cuba tambah kuantiti chia seed tersebut.
  • peringatan: ambil chia seed pada kadar sederhana sahaja terutamanya kalau anda tekanan darah rendah. Dan pastikan minum banyak air SEPANJANG HARI.

Program CABARAN STAILOO ni dah bantu ramai peserta berjaya kurus dan sihat dengan cara yang betul.

Jadi meh join program kurus secara sihat CABARAN STAILOO ini.

Hati-hati apabila ingin kurus tapi bergantung hanya pada produk kurus semata-mata

Via: ohmymedia.cc

Lambakan jus jus kesihatan yang dijual di pasaran yang tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut ternyata menimbulkan keraguan. Apatah lagi ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.

Doktor ini berkongsi beberapa kisah berdasarkan pengalaman dirinya merawat pesakit yang ‘terpedaya’ dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk tidak mendapatkan rawatan dari pihak doktor.

Seorang ustaz 50 tahun datang klinik untuk temujanji darah tinggi dan kencing manis. Disorong atas kerusi roda. Muda lagi. Saya tanya kenapa ni ustaz, kena stroke ke? Ustaz angguk dan senyum. Saya tanya kenapa sampai boleh kena stroke? Darah tinggi tak terkawal ke ustaz? Kata dia dulu dia takmau percaya dengan perubatan moden, ubat yang doktor bagi dia tak makan dan dia telan Jus Al-XXXX hari hari sampai gula naik mencanak, tekanan darah naik mendadak. Sekarang dia menyesal dan sedih sebab dah banyak lupa banyak surah surah yang dia dah hafal.

Seorang polis umur 55 tahun, datang untuk pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi juga. Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan darah semua dah elok dan terkawal cuma bacaan creatinine sedikit tinggi. Maksudnya buah pinggang ada rosak sedikit. Kata dia, dia ada amalkan minum supplemen YYYY dulu. Kata dia masa dia amalkan minum jus kononnya berkhasiat tu dulu, bacaan gula memang akan naik banyak. Jadi, dia berhenti selepas dinasihatkan oleh doktor. Selepas berhenti dan patuh dengan ubat yang dibekalkan, bacaan kembali normal cuma buah pinggang yang dah rosak sukar dipulihkan. Nasib tak sampai ke tahap perlu cuci buah pinggang.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!” Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum XYZ dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

Ini baru lima contoh yang paling saya ingat.

Tapi ada terlalu banyak kes yang sama kat klinik. Anda boleh bertanya kepada doktor dan pakar di bahagian nefrologi atau buah pinggang, terdapat banyak kes, penyebab kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh jus jus merapu atau supplemen merapik yang entah apa isi kandungan di dalamnya.

Boleh untuk kita jual supplemen tapi janganlah sampai perlu menipu masyarakat hanya untuk kita kaya dan hidup mewah. Kasihan orang orang kampung, makcik pakcik tua yang mudah percaya, anak muda yang gila nak putih dan lawa. Mereka hanya percaya bulat bulat dengan iklan dan testimoni.

Janganlah kata dengan hanya minumlah jus ini, tak perlu makan ubat doktor, doktor semua agen yahudi, saya guna ayat al quran semasa proses pembikinan jus ini, yada yada yada. Jangan.

Kasihan masyarakat.

Lagi lagi ada juga radio dan tv yang masih membenarkan penjual produk ni menghasut masyarakat. Sedih.

Entah entah yang menjual produk tersebut pun tak menggunakan produk mereka sendiri.

Entah macam mana proses pembuatan semua jus tersebut. Terdapat supplemen dan ubat dan krim cantik ni di ambil dari negara asing dan menggunakan steroid atau bahan terlarang, kemudian diletakkan didalam bekas hanya di beli kilang biasa sahaja. Sebab tu rasa jus jus ni sama saja. Cuba anda pergi rasa. Manis sahaja. Krim pun wangi sahaja sebab ditambah pewangi untuk hilangkan bau merkuri yang kuat.

Konon ada juga kopi untuk lawa lalu jadilah kopi kolagen. Hurm kolagen kalau dicampur dengan kaffein memang musnahlah kolagen tersebut. Macam macam helah penjual.

Ada yang membayar artis dan ustaz untuk menjadi duta. Lagilah masyarakat mudah terpedaya.

Yang terbaru, ada alat sembur untuk pulihkan buah pinggang dan pankreas. Sembur sembur terus sihat. Hurm sembur terus ke organ ke sampai boleh sihat tu? Teringin saya nak tanya, apalah mechanism of action semua ubat ubat/jus/ krim ni ya? Kalau boleh terangkan, saya sanggup duduk semeja seharian untuk dengar.

Sebab bila ditanya, testimoni mesti cakap kawan jiran saya, sepupu belah adik saya, entah siapa siapalah. Eh ingatkan diri sendiri yang cuba.

Berniaga dengan ikhlas. Setiap satu tindakan kita dicatat. Nasihat yang kita beri, kalau salah tapi orang ikut dan sebar sebarkan, kita yang tanggung dosa sebab kita yang mulakan.

Awak menjual, awak dapat duit, pembeli merana dan perlu menanggung akibat sampai ke sudah. Fikir dahulu sebelum berkata dan menjual. Fikir akan masa depan pembeli.

Ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Jangan jual agama dan bertanyalah pada yang pakar.

4 suplemen kuruskan badan yang berkesan dan selamat untuk digunakan

Nak kurus anda perlu makan:

  • Rendah karbohidrat (kurangkan nasi/roti dan lebihkan sayur)
  • Tinggi protein
  • Tinggi lemak tepu

Lihat gambar di bawah untuk ketahui jumlah karbohidrat, protein, dan lemak tepu anda perlu ambil SETIAP KALI anda makan.

Sekiranya anda dapat konsisten bekalkan badan anda dengan kesemua nutrisi ini SETIAP KALI anda makan, barulah anda akan berjaya kurus dengan sihat. Tapi mampu ke?

Kalau tak mampu anda perlu pertimbangkan untuk ambil suplemen untuk tampung kekurangan nutrisi tersebut. Kajian menunjukkan 45% populasi masyarakat tidak mendapat khasiat yang secukupnya dan menjadi punca tidak berjaya kuruskan badan!

Di sini saya senaraikan 4 suplemen kuruskan badan yang berkesan dan selamat untuk digunakan.

#1 Fish Oil

Kandungan: omega-3 fatty acid (lemak tepu)
Dos: 1g untuk setiap peratusan body fat, diambil setiap hari
 
Langkah pertama bersuplemen untuk kuruskan badan ialah dengan mengambil fish oil. Fish oil akan menjadikan mood/fikiran anda lebih baik kerana fish oil mengandungi eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang berkait rapat dengan fungsi otak.
 

Apabila mood anda dalam keadaan baik (minda/psikologi anda juga dalam keadaan baik) anda akan sentiasa berada dalam keadaan POSITIF untuk kuruskan badan.

Sebab tu la kami menyarankan peserta2 CABARAN STAILOO (program intensif kuruskan badan) untuk ambil suplemen fish oil pada peringkat permulaan.

Mereka akan ambil 1g fish oil untuk setiap peratusan body fat. Contoh, anda mempunyai 10% body fat, jadi anda perlu ambil 10g fish oil setiap hari selama 2 minggu. Atau sekiranya anda mempunyai 20% body fat, anda perlu ambil 20g fish oil.

Fish oil yang berkualiti: Genuine Health O3mega

#2 Multivitamin

Kandungan: Vitamin dan mineral
Dos: 1 tablet satu hari
 

Setelah anda berjaya menambahbaik mood/fikiran anda, sekarang anda perlu memperbaiki kekurangan nutrisi dalam badan anda kerana kebanyakkan kita sangat kurang nutrisi penting seperti vitamin dan mineral.

Apabila anda kurang nutrisi ini, badan anda tidak dapat berfungsi secara optimum dan akan menyebabkan metabolisma badan anda menurun dan melambatkan proses pembakaran lemak badan.

Jadi anda perlu gunakan suplemen kuruskan badan multivitamin untuk tingkatkan kembali metabolisma tersebut supaya lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

Satu kajian ke atas 96 wanita obes (BMI>28) telah dijalankan untuk mengkaji kesan suplemen multivitamin terhadap metabolisma badan.

96 wanita obes ini diarahkan untuk kekalkan diet/aktiviti mereka yang sedia ada dan hanya di tambah suplemen multivitamin.

Hasilnya..

- turun berat badan sebanyak 3.4 kg
- turun 1.4 BMI
- kurang 2.3 cm ukur lilit pinggang (bermakna lebih slim!)
- hilang 2.8 kg lemak

Woah.

Pengkaji yang menjalankan kajian ini menerangkan macam mana 96 wanita obes ini boleh mendapatkan hasil yang agak menarik walau hanya menambah suplemen multivitamin dalam diet mereka.

“Subjek (96 wanita obes) menunjukkan peningkatan pada ‘resting energy expenditure’ sebanyak 53 kcal/hari apabila mengambil multivitamin 1 tablet sehari sekali”

Dalam kata lain, semakin tinggi ‘resting energy expenditure’ anda, semakin banyak kalori yang dibakar ketika anda sedang tidur/berehat!

Multivitamin yang berkualiti: Genuine Health Multi+

#3 Protein Powder

Kandungan: Whey/Casein/Soya (protein)
Dos: 1 atau 2 skop, diambil selepas senaman
 

Sekiranya anda mampu makan protein daripada ikan/daging/ayam/telur pada jumlah yang secukupnya, anda mungkin tidak lagi memerlukan suplemen protein.

Tapi jika anda kekurangan sumber protein ini, anda boleh gunakan protein powder untuk menampung kekurangan tersebut.

Protein sangat penting untuk anda kuruskan badan kerana diet yang tinggi dengan protein memberikan anda rasa lebih kenyang sepanjang hari, mengurangkan kalori secara automatik dan meningkatkan metabolisma badan.

Satu kajian dijalankan untuk mengkaji perbandingan antara jenis2 diet. Peserta yang mengambil banyak protein dalam diet mereka turun 14.1 kg berat selama 3 bulan berbanding peserta yang ambil kurang protein.

Anda disarankan untuk ambil 25-50 grams protein powder (1 atau 2 skop).. campurkan dengan air mineral serta sedikit ais, goncang dan minum. Untuk hasil terbaik ambil bancuhan protein powder selepas senaman.

Terbukti protein sangat penting untuk kuruskan badan jadi anda perlu pastikan anda makan baaaaanyak protein atau pertimbangkan untuk gunakan suplemen protein powder.

Protein powder yang berkualiti: Biotest

P.S. suplemen protein powder ni tidak menggemukkan sebaliknya memberikan anda diet yang mengenyangkan, mengurangkan kalori secara automatik dan mencegah naik berat badan!

#4 Greens

Kandungan: Sayur, buah, alga, herba
Dos: 1 hidangan pagi, 1 hidangan petang
 

Apa itu suplemen greens? Suplemen greens ialah campuran sayur, buah, alga, herba dll ke dalam satu produk yang dihasilkan dalam bentuk serbuk.

Suplemen greens digunakan untuk menampung diet yang kurang dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anda disarankan untuk makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari tapi malangnya kebanyakkan kita hanya mampu makan 3 hidangan sahaja. Ugh.

Apabila anda hanya makan protein dan kanji (acid) tapi sangat kurang sayur dan buah (alkali), ini boleh menyebabkan ‘acid load’ dan aras pH badan anda tidak seimbang.

Ni antara kesan apabila diet anda tinggi asid dan sangat kurang alkali:

  • meningkatkan hormon stress
  • mengurangkan hormon thyroid
  • kehilangan jisim otot dan tulang

Hmm… not good.

Cara mudah untuk selesaikan masalah pH badan (asid-alkali) yang tidak seimbang ini, anda perlu makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari.

Tapi sekiranya anda tidak mampu dapatkan bekalan sayur dan buah yang secukupnya, anda boleh gunakan suplemen greens.

Satu kajian telah dijalankan ke atas 34 peserta lelaki dan wanita untuk mengkaji kesan suplemen greens pada tahap pH. Mereka diberi suplemen greens dan hasil menunjukkan aras pH mereka berubah daripada asid ke neutral/alkali seawal 7 hari.

Terbukti suplemen greens mengimbangi pH badan dan akan memastikan tubuh badan anda berfungsi secara optimum untuk menjadikan anda lebih baik, lebih sihat dan lebih kurus.

Suplemen greens yang berkualiti: Greens+